Ceritera Benci i've got a message semalam.. yang ade kata "klu benci,"..
aku tergamam gak terima azimat tu tetiba..memang gwe kaget gile..sbb aku tak expected any msgs akan muncul di screen henpon n73 orang ni.melainkan msg dari hotlink and maxis..yerlah..aku ni mane ader org nk msg.klu no tu msg, aderlah..klu takder, sunyi lah h.p aku.. tak on 10 hari pun lom tentu dia nk berbunyi..menanda kan betapa..tak ramai kwn aku yg ske sms aku..tp, call tu ader aaaa..
bila dah bace, rase cam pelik je...kepala cam biase lar..ligat berputar. cam kipas helicopter benci ke?ade ke rase benci tu? kenape aku membenci? kenape pulak kate aku benci? kalau aku benci..macam mane? isk...banyak nye soalan...tapi...semua ni boleh aku jawab ...segala semua tentang kebencian aku...
benci ke?
eh...yeke? mane ade? ape je yang aku buat smpai kate aku benci?
ade ke rase benci?
takder langsung..sekelumit pun takder. takpernah pun terlintas nk membenci.dan takkan pernah benci walau pun aku di sentiasa di halau ketepi.
kenape sebab benci?
takder sebab untuk aku membenci..aku bukan pendendam. aku bukan pula senang membenci.so tiada sebab lah aku nk membenci dia.. and takkan ada benci tu...so, sape2 pun jgn risau...
kenape kata aku membenci?
emm..soalan ni aku tak boleh jawab...sbb bagi aku, tiada langsung symptom2 yang menggambarkan aku membenci.. jadi...macam mane kate kate "klu benci," tu boleh keluar? adakah ape yang berlaku serta berlalu diertikan sebagai benci.....
aku tak pernah membenci...
walau pun aku selalu di letak ditepi... menjadi orang terakhir untuk mengetahui segala2 yang terjadi...
aku tak pernah membenci
walaupun aku sering ditaburi janji yang tak pernah ditepati...tapi aku percaya.. mgkin janji itu semua hanya penyedap hati agar aku terus yakin dengan cita2 serta cinta yang tak pasti...
aku tak pernah membenci...
walaupun aku selalu diperdaya...dengan perlakuan, tindakan serta kata2...
aku tak pernah membenci...
walaupun aku tahu banyak masa yang mampu diluangkan untuk aku tapi ia terluang bukan untuk aku yang sangat menginginkan waktu itu agar dapat mengubat rindu kat hati aku...
aku tak pernah membenci....
walaupun banyak persoalan yang aku beri tak pernah terjawab. sedang kan aku tahu dia mampu menjawab segalanya...tapi aku dibiar tergantung dengan penuh persoalan....
aku tak pernah membenci...
walaupun aku terpaksa menunggu hingga hujung waktu...walaupun aku tahu penantian aku di pelabuhan yang sangat cetek airnya dan tak mungkin ada kapal yang akan singgah untuk berlabuh.. walaupun sia2... aku tahu...pasti suatu hari,ada cahaya yang mampu menemani aku di pelabuhan penuh duka ini...
aku tak pernah membenci...
walaupun aku dilayan seperti orang yang bodoh..sedang kan disebalik kebodohan yang aku lakonkan, aku tahu apa yang terjadi... mungkin aku nampak naif dan daif...tapi aku masih mampu berfikir... dan aku masih tetap tahu apa yang terjadi... kerana tuhan itu maha adil... DIA menunjukkan mana2 yang tersembunyi...
aku tak pernah membenci....
walaupun kata2 sayang aku dibalas sepi...kata rndu ku dibiar tak tersentuh.hati aku di biar sendiri....namun, aku masih disini, tetap menanti dan tak pernah berhenti menyayangi dan memujai.....
aku tak pernah membenci...
walaupun hati aku selalu terguris dengan perlakuan yang sering mengecilkan hati aku...namun, aku boleh merawat sendiri..dan melupakan parut luka dihati kerana tak mahu mengenang apa yang telah terjadi...
aku tak pernah membenci...
walaupun aku selalu bersedih mengenang kan ape yang telah,sedang dan bakal terjadi..tak dapat aku bayangkan rasa tu... tapi aku tetap merasai perit nya dihati...
aku tak pernah membenci...
walaupun aku terpaksa bersabar dengan apa saja yang datang menghalang dan menguji aku...sakitnya mata melihat, sakit lagi hati mengentalkan diri untuk menyangkal segala rasa dan prasangka...
aku tak pernah membenci..
walaupun kadang2 aku membenci diri sendiri yang bagaikan pengemis yang mengharap kasih dari orang yang langsung tiada rasa cinta dihatinya...
aku tak pernah membenci...
walaupun aku penat berusaha tapi usaha ku sia-sia..aku berusaha buat dia gembira namun aku bukanlah kegembiraan dan kebahagiaan bagi dia.. aku tak letih mencuba dan terus mencuba sebaik yang aku mampu...namun hasrat,usaha aku langsung tak diendah malah dibuat tak kisah...
aku tak pernah membenci..
walaupun dia langsung tak amik peduli tentang diri aku....
aku tak pernah membenci...
walaupun dia dah banyak berubah...
aku tak pernah membenci..
walaupun semua sms aku tak pernah dia reply ketika dia bersama teman2 dia..sedangkan aku tahu dia sedang lapang..dan punya credit yang cukup untuk reply semua msg aku...
aku tak pernah membenci...
walaupun call aku tak diangkat walaupun aku tahu ketika itu dia sedar tentang call itu.dan tiada apa masalah untuk mengangkat call tu..
aku tak pernah membenci...
walaupun dia online, tapi aku di ignore, dia tak dapat meluang sedikit masa untuk say hi kat aku, sedangkan dia mampu hantar berpuluh testi dan comment kat kawan2 dia pada waktu yang sama ketika sedang online....
aku tak pernah membenci...
walaupun aku tahu id aku diletak "appear offline to this contact" ketika dia sedang online..betapa dia menganggap aku harus dihindari...hanya tuhan yang tahu hakikat rasa hati ni bila tahu benda ni...
aku tak pernah membenci...
walaupun aku tahu dia tak ingat tarikh penting dalam hidup aku dan dia menjadi org terakhir yg wish birthday aku...
aku tak pernah membenci..
walaupun aku tahu dia tak pernah berusaha untuk aku seperti yang dia pernah janjikan pada aku...
aku tak pernah membenci...
walaupun dulu, hari2 inbox aku penuh dengan msg dia, tapi sekarang, seminggu satu pun belum tentu..
aku tak pernah membenci..
walaupun credit dia jarang habis untuk aku...kalau ada RM30, hanya RM1 untuk aku..walaupun aku tau aku ni activ5 dia..
aku tak pernah membenci..
walaupun hanya aku yang berusaha membaiki segala2nya...sedangkan dia...tak pernah berusaha seperti yang dia canang...dia tak pernah berusaha...
aku tak pernah membenci..
walaupun sampai aku mati...... aku takkan pernah membenci... mungkin ada rasa marah...tapi aku tak endah.. biarlah aku jadi diri aku... yang tak mungkin membenci...
mungkin, aku diam tu buat dia kata aku membenci... mungkin la... tapi... takkah dia sedari.. aku berdiam sebab dia yang mulakan kesepian tu... bukan niat aku nk menguji... jauh sekali nak membenci... cuma aku nak beri sedikit ruang bagi dia bernafas..mungkin aku ni melemaskan... sebab tu dia selalu cuba mengelak dan menghindarkan diri dia dari aku... terasa gak hati ni...bila setiap kali aku mencuba, mesti aku temui hampa.. mungkin aku ni slalu nampak wat derk je...tapi aku manusia..aku tetap ade hati...secekal mane pun, aku tetap tersentuh dan berkecil hati... lebih2 lagi aku ni memang seorang yang giler sensitif...
maybe..dengan sedikit waktu berhenti ini mampu memberi nafas lega kerana jauh dari parasit perosak macam aku... mungkin juga sedikit waktu berhenti ini mampu memberi ruang bagi suatu permulaan hidup baru yang menggembirakan..tapi, dah tentu bukan bagi aku...
takpelah klau usaha aku takkan memberi kegembiraan kepada aku... asal dia bahagia, aku dah cukup bersyukur...mungkin happiness yang dia nk tu aku tak dapat bagi..tapi aku dah usaha sehabis baik...kalau aku nk pergi pun, aku puas hati dengan apa yang aku buat...sebab aku tak pernah berusaha segigih ni untuk mendapatkan sesuatu... ni lah sehabis daya aku...tapi, aku tak mampu melawan takdir...hanya dia yang mampu mengubah segala...semua tu di tangan dia sendiri..sebab tuhan pun takkan merubah mane2 manusia yang tak berusaha untuk berubah... tapi..aku tetap,takkan pernah membenci.....kerna bagi aku, aku masih tetap berusaha dan aku akan terus...berusaha menjadi lilin yang bakal dilupakan ketika terang neon menyimbahi bumi.....
Dirantai Digelangi Rindu
Syahdu malam berlagu sepi Mengiring rawan dalam taman hati Gelisah menanti kau kembali Manja menagih bujukan di sisi Kerana desakan cintaku Dirantai digelangi rindu Sehinggakan diri sanggup mengalah kepadamu
Dosamu ku anggapkan debu Bisa diterbang angin yang lalu Ku sedia memaafkan mu Biar aku berparut seribu Agar sembuh lukamu Pahitku rasa madu
Pulanglah oh kasihku Ku rayu kepadamu Janganlah diturutkan mainan perasaan mu Serikanlah duniaku yang semakin tandus dan gersang Dengan belaian senda gurauan mu Duhai sayang Pulanglah oh kasihku Ku rayu kepadamu Janganlah diturutkan mainan perasaan mu Serikanlah duniaku yang semakin tandus dan gersang Dengan belaian senda gurauan muDuhai sayang Oh pulanglah..